Sunday, August 21, 2016

I'm Back.




Terlebih dahulu, ribuan kemaafan diucapkan kerana dh terlalu lama menyepi dari dunia blogging ni. Kalau diikutkan hampir 4 tahun gak lupakan pada blog yg tak seberapa ni. Mungkin dek kesibukan bekerja membuatkan penyakit 'M' tu selalu hadir. Teringat pula peneman dikala kesedihan waktu muda-mudi dulu. Haha. Seiring dengan penambahan usia ni, mungkin blog ni dh tak ada jiwang-jiwang macam waktu study dulu. Biasa la, masa tu ibarat budak baru nak up kan. Semua benda pun nak diceritakan dan ditayangkan pada orang. 

Serius cakap, sekarang ni hidup cuma fikirkan macam mana nak bahagiakan keluarga je. Tak pela diri sendiri susah pun, asalkan dapat tengok keluarga bahagia. Pasal pilihan hati? Entah la, malas nak fikir buat masa ni. Tak letak sangat harapan yg tinggi, takut kelak kecewa merana. Yeahh, i'm still with him. The one who I call Mr.H. Now, dh hampir 6 tahun berkawan. InsyaAllah, kalau ada jodoh ada la. Sampai sekarang pn masih lagi tak tahu dia betul2 pilih aku atau tak. Pelik kan? Berkawan bertahun-tahun, tapi masih lagi tak memahami. Hati manusia ni, susah nak selami. So, aku tak nak letak harapan yg tinggi menggunung sgt. Biar saje la, asalkan dia bahagia.

So, selepas ni insyaAllah jika ada kesempatan aku akan update lagi seperti dulu2. Rindu juga kat blog ni walaupun tak ada orang baca. Hahahaha. Sayang jugak kalau nak delete macam tu je kan. So, guyss see u soon ya~

Gud nite, sweet dream.. 

1 comment:

SALIZA SACHARI said...

Moga jodoh berpanjangan.. ��

Post a Comment