
Sunday, August 21, 2016
I'm Back.

Sunday, May 13, 2012
.otak ku x berfungsi.
.missing me?
Ehemmm..ehemmm..testing..testing 1,2,3..
Hye,selamat malam semua!
Sori sgt sgt sebab da berhabuk blog nie..
maklum lah sibuk sebagai student kan sebelum nie..
memandangkan mase sebagai student telah pon tamat,boleh la kembali merepek merapu kt sini yer..
so,now i'm here with all of u..
p/s: i love u so much mom. thanks for make my life colorful. muahhhh.
Sunday, March 25, 2012
.20 bangunan pelik di dunia.
House Attack (Vienna, Austria )
Kansas City Library (Missouri,USA)
Atomium (Brussels,Belgium)
Crooked House (Sopot,Poland)
Eden Project (United Kingdom)
Bibliotheca Alexandrina (Egypt)
Rotating Tower, Dubai, UAE
Habitat 67 (Montreal, Canada)
Museum of Contemporary Art (Niteroi, Rio de Janeiro, Brazil)
Guggenheim Museum (Bilbao, Spain)
Montreal Biosphere (Canada)
Casa da musica (Porto, Portugal)
Kunsthaus (Graz, Austria)
Lotus Temple (Delhi, India)
Stone House (Guimarães, Portugal)
National Theatre (Beijing, China)
The Basket Building (Ohio, USA)
Olympic Stadium (Montral,Canada)
Wonderworks (Pigeon Forge, TN, USA)
Wooden Gagster House (Archangelsk, Russia)
Wednesday, February 15, 2012
.rahsia hati si bawang putih melepak.
selamat malam petang buat semua peminat pembaca..
hari nie cik pelangi xtau nak citer pe,tp ade something yg nak dikongsi bersama..
what it's? it's all about useful of mrs.garlic.
what?? don't know what the meaning of garlic? it's bawang putih lorrr..
so guys,let's check it out.
1. Mengurangkan risiko strok.
Bawang putih akan merangsang penghasilan nitric oxide
pada dinding saluran darah. Ini akan membantu saluran darah untuk
mengembang dan seterusnya mengawal tekanan darah dengan baik bagi
mengelakkan risiko darah tinggi dan strok.
2. Mengurangkan risiko kanser.
Bawang putih kaya dengan bahan antioksidan seperti selenium yang membantu mengurangkan free radical di dalam darah. Ini akan mengurangkan risiko seseorang mendapat kanser.
3. Anti bakteria dan antivirus.
Sejenis bahan Allicin
yang terkandung di dalam bawang putih ini bertindak sebagai antivirus
dan antibakteria dalam memusnahkan beberapa mikrob. Jadi, ianya amat
baik untuk jangkitan perut, jangkitan influenza dan sebagainya.
4. Antiinflamasi.
Kajian
juga menunjukkan bawang putih mempunyai bahan antiinflamasi yang dapat
membantu mengurangkan penyakit asma, mengurangkan inflamasi pada
arhritis pada sendi seperti rheumatoid atau pun osteoarthritis.
5. Mengandungi banyak iodin.
Kandungan iodin yang tinggi di dalam bawang putih amat baik untuk pesakit yang menghidap hypertiroid.
6. Membantu sistem pencernaan.
Bawang putih akan merembeskan gastric acid pada lapisan perut yang akan membantu proses pencernaan di dalam saluran makanan.
7. Meningkatkan sistem imunisasi.
Ya,
terdapat kajian yang mendapati bahawa pengambilan bawang putih
sebanyak 2 hingga 3 biji sehari selama tiga minggu akan meningkatkan
aktiviti sel darah putih untuk melawan jangkitan dan tumor.
8. Mengurangkan kolesterol dalam tubuh.
Kandungan Di-sulphide
di dalam bawang putih membantu menurunkan nilai kolesterol di dalam
saluran darah dan seterusnya mengurangkan risiko penyakit jantung.
p/s: ramai manusia yang masih xsdar kelebihan mrs.garlic nie. so,i nasihatkan meh la kite sama sama gunakan manfaat yang ada nie.
Wednesday, February 1, 2012
.si cantik manis bernama marshmallow~
korang smua tau x ape bndenye kt ats ni??
apa agknye erk? kacang? gula gula? kek? coklat?
lau nk tau,ni la kacang buncis marsmallow..
marshmallow nie nmpk sdap kan?
dh la cute miut,,sape sape nk tgk pon akn rasa geram sampai nk tumbuk orang kn..hehe..
tadi i ade terjah terjah image kt google,then terjumpe pic ni..tu yg tbe tbe rasa nk buat post about beautiful maria marshmallow~
jom baca entri ni sampai abis lau korang nk tau lebih lebih tentang marsmallow~
Nama marshmallow berasal dari tanaman marsh mallow(Althea officinalis).
Akar tanaman marsh mallow menghasilkan lekatan putih yang hampir
seperti jelly. Marshmallow adalah gula-gula yang berasal dari Mesir,
sekitar tahun 2000 SM. Orang-orang Mesir kuno yang dipercayai telah
menemui herba yang tumbuh liar di kawasan paya dimana ada rasa manis
yang boleh diekstrak dan dibuat menjadi gula gula yang hanya disediakan
untuk raja mereka iaitu firaun. Orang-orang Mesir menggunakan gula-gula
berasaskan madu dan diliputi dengan getah yang diperolehi daripada marsh
mallow (Althea officinalis). Orang-orang Yunani, (kemudian Arab dan
India) menggunakan marshmallow untuk tujuan perubatan contohnya sebagai
bahan untuk ubat batuk. Menurut Tim Richardson dalam Sweets: A History of Candy,
di era abad pertengahan, potongan-potongan akar marsh mallow digunakan
sebagai pemanis dan juga dijadikan sebagai ubat untuk masalah kencing
manis.
Peralihan marshmallow tradisional ke marshmallow modern dimulakan oleh
Perancis sekitar tahun 1850. Campuran putih telur, air, gula, sirup
jagung, dengan getah akar marsh mallow dijadikan sebagai bahan pelekat
lalu dipanaskan . Marshmallow dibentuk dalam cetakan marshmallow akan
ditaburi dengan tepung jagung. Dengan peralatan dan cara yang moden,
pada tahun 1900 marshmallow buat pertama kalinya ia dijual sebagai
gula-gula. Secara berperingkat, gelatin dijadikan bahan ganti kepada
akar marsh Putih telur pula digunakan dalam marshmallow setelah ianya
banyak dijual di pasaran. Sekarang ini, kebanyakan marshmallow diperbuat
daripada gula, sirup jagung, gelatin, tepung maizena, gula confectioners
dan flavorings (termasuk garam). Madu, air dan gula invert juga boleh
digunakan. Bahkan ada marshmallow yang bebas gula kerana dibuat dengan
Maltitol.
Populariti marshmallow semakin berkembang dan pembuat gula-gula di
Eropah memerlukan proses yang lebih cepat kerana marshmallow yang sudah
mulai digemari oleh masyarakat pada masa itu. Pembuatan marshmallow juga
diperkembangkan dengan memanaskan campuran akar marsh mallow, gula,
putih telur dan air dan menuangkan ke dalam cetakan yang ditaburi dengan
tepung jagung. Dalam dunia perubatan,, getah daripada akar marsh mallow
yang telah di ekstrak akan dimasak dengan putih telur, gula, dan
digaulkan di dalam bekas sehingga mengeras dan dijadikan ubat dalam
bentuk gula-gula. Kegunaannya adalah untuk melegakan sakit tekak,
meghilangkan batuk, dan menyembuhkan luka. Pada tahun 1948, Alex Doumakes
(anak kepada Doumak, Inc, pembuat Campfire marshmallow) memperbaharui
cara pembuatan marshmallow yang jauh lebih cepat dan efisien berbanding
proses sebelum ini. Proses ini melibatkan pengambilan bahan marshmallow
dan dimasukkan ke dalam melalui bekas. Setelah itu bahan tersebut
dipotong-potong dengan ukuran yang sama dan disejukkan serta dikemaskan.
Melalui prose tersebut, marshmallow menjadi lebih manis dari yang
sebelumnya.
Sunday, November 6, 2011
Sejarah Aidiladha~
Hari Raya Aidiladha (bahasa Arab: عيد الأضحى 'Eid Ul-Adha) atau Hari Raya Haji
merupakan perayaan yang dirayakan oleh umat Islam di seluruh dunia. Ia
adalah perayaan terbesar di dalam Islam selain Aidilfitri yang disambut
pada setiap 1 Syawal. Aidiladha disambut pada hari ke sepuluh, sebelas, dua belas dan tiga belas bulan Zulhijjah
setiap tahun. Bermula dengan Takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah,
diikuti dengan solat sunat Aidiladha serta khutbah Aidiladha di pagi 10
Zulhijjah, sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan
samada pada 10 atau 11 atau 12 atau siang 13 Zulhijjah.
Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan ke-sabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.t.
Selain itu, salah satu keistimewaan Aidiladha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.
Dari segi bahasa, korban bermaksud dekat, manakala dari segi istilah
ia bermaksud menjalankan perintah agama atau taat kepada perintah Allah
kerana ingin mendekatkan diri kepada-Nya.
Hari Raya Korban jatuh pada hari kesepuluh pada bulan Zulhijjah, bulan terakhir pada kalender Hijrah Islam. 10 Zulhijjah
merupakan tarikh penting dalam sejarah Islam di mana Nabi Adam dan
isterinya Hawa dikeluarkan dari syurga dan diturunkan ke bumi sebelum
berjumpa di padang Arafah, di luar bandar Mekah.
Pada hari raya, orang Islam disunatkan mengenakan pakaian yang paling
cantik, paling bersih, dan juga mengenakan wangi-wangian. Pada pagi
hari raya korban, umat Islam akan mengerjakan sembahyang sunat Hari Raya
sebanyak 2 rakaat dengan 7 takbir pada rakaat pertama diikuti 5 takbir
pada rakaat kedua.
Pada kebiasaannya solat sunat Aidiladha dicepatkan sedikit berbanding
solat sunat Aidilfitri. Hikmahnya dicepatkan sedikit waktu solat sunat
Aidiladha adalah bagi memberi lebih banyak masa untuk penyembelihan
korban. Hikmahnya dilewatkan sedikit solat sunat Aidilfitri pula adalah
bagi membenarkan peluang bagi mereka yang belum membayar zakat
menunaikan kewajipan mereka dan disunatkan makan dahulu sebelum pergi ke
masjid.
Manakala bagi Aidiladha, hikmat disunatkan makan selepasnya supaya
makanan yang mula-mula dimakan pada hari itu ialah daging korban yang
berkat. Selepas bersembahyang, upacara korban akan dimulakan. Lembu,
kambing, dan biri-biri yang dikorbankan
akan disembelih secara beramai-ramai di kawasan masjid sebelum
dibahagi-bahagikan dagingnya kepada orang ramai terutamanya kepada
golongan fakir miskin.
Hari Raya Aidiladha disambut ketika umat Islam membuat penziarahan ke Mekah, mengunjung Kaabah dan melakukan korban sembelihan. Al-Quran
tidak menyatakan, tetapi umat Islam memegang bahawa perayaan korban ini
memperingati kesanggupan Nabi Ibrahim untuk menyerahkan anaknya sebagai
korban kepada Tuhan.
Selepas sembahyang, sekali lagi umat Islam akan berbondong-bondong
melawati perkuburan orang yang disayangi. Semua orang akan memakai
pakaian baru dan selepas itu yang muda akan memohon kemaafan daripada
yang tua. Selepas itu semua orang akan menjamah pelbagai juadah yang
disediakan sebelum ziarah dan menziarahi sesama mereka.
sumber : wikipedia (encik google) :P
Anugerah Skrin 2011~
Tahniah buat seluruh team Anugerah Skrin 2011 (ASK 2011) kerana
dengan jayanya berjaya ‘mengvisualkan’ malam penuh berprestij
mengiktiraf karya, bakat juga sumbangan anak-anak seni tanahair di
persada lakonan. Bertemakan ‘Golden Glamour’, daripada set pentas ke
perjalanan agenda diserikan lagi dengan persembahan penuh bertenaga. ASK
edisi yang ke-17 pastinya memberi momen terindah kepada para pemenang
terutamanya kepada pengarah berusia 50, aktor Sabri Yunus menang besar
malam ini menerusi drama ‘Sanggul Beracun’. Tahniah buat para pemenang
ASK 2011!
Jom lihat keputusan penuh para pemenang Anugerah Skrin 2011!
Kategori Drama
- Drama Terbaik – ‘Sanggul Beracun’ – Sabri Yunus
- Pelakon Lelaki Terbaik Drama – Eman Manan, ‘Janji Syurga’
- Pelakon Wanita Terbaik – Umie Aida, ‘Airmata Nur Salina’
- Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik – Allahyarham Faizal Yusof, ‘Jangan Hantar Aku Ke Neraka’
- Pelakon Pembantu Wanita Terbaik – Elfira Loy, ‘Kum Kum’
- Pengarah Terbaik Drama – Sabri Yunus, ‘Sanggul Beracun’
- Lakon TV Terbaik – Sabri Yunus, ‘Sanggul Beracun’
- Drama Rantaian Terbaik – ‘Juvana’, Filmscape Sdn Bhd
- Drama Komedi Terbaik – ‘Geng Surau’
- Videografi Terbaik – ‘Sanggul Beracun’, Balang Rimba Sdn Bhd
Kategori Filem
- 1. Filem Terbaik – ‘Magika’, KRU Studio
- Pelakon Lelaki Terbaik Filem – Remy Ishak, ‘Cun’
- Pelakon Wanita Terbaik Filem – Siti Sharifah (Eja), ‘Janin’
- Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Filem – Sidik Hussin, ‘Karak’
- Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Filem – Nadiya Nisaa, ‘Cun’
- Pengarah Terbaik Filem – Osman Ali, ‘Cun’
- Lakon Layar Terbaik Filem – ‘Aku Tak Bodoh’, Erhan Baharudin / Sujin Lee
Kategori Penerbitan Dalaman
- Rancangan Dokumentari / Majalah Terbaik – ‘Suatu Ketika: Ep YuenYuet Leng
- Rancangan Bual Bicara Terbaik – Selami Jiwa: Dato’ Fadzillah Kamsah
- Rancangan Hiburan Terbaik – Maharaja Lawak Akhir
- Rancangan Muzikal Terbaik – Shout Awards 2010
- Rancangan Realiti Terbaik – Showdown 2011: Top 12 Show
- Laporan Khas / Berita Terbaik – Buletin Utama, ‘Pengemis Terhemat’.
Anugerah Khas
- Anugerah Yasmin Ahmad – Syamsul Yusof
- Anugerah Artis Harapan Pantene – Fazli Daniel Ali, ‘Yang Terpuji’
p/s : juz copy+paste dri google ^__^
Tuesday, October 25, 2011
16 Kegunaan Ubat Gigi ^o^
1. Mengurangkan rasa sakit sekaligus mengubati di sengat serangga dan menghindarkan dari terluka.
2. Mengurangkan rasa sakit sementara apabila terbakar kecil dan melecur terkena api.
3. Mengecilkan jerawat. Letakkan satu titik kecil ubat gigi ke jerawat pada malam hari sebelum tidur. Mencucinya di pagi hari.
5. Sebagai gel rambut apabila gel rambut anda habis.
6. Menghilang bau di tangan seperti bau bawang, hanyir ikan dan sebagainya.
7. Membuang dakwat pen di pakaian. Gosok kawasan yang terkena dakwat sebelum membilasnya dengan air dengan segera.
8. Untuk kasut kulit, ubat gigi juga boleh membersih malah mengilatkan kasut.
9. Membuang kesan krayon di dinding. Gosokkan kain basah dengan yang sudah diletak ubat gigi dengan lembut pada dinding.
10. Membuat perhiasan perak berkilau. Gosokkan ubat gigi ke perhiasan perak dan biarkan semalam. Lap bersih dengan kain yang lembut keesokan harinya.
11. Menghapuskan kesan calar pada DVD dan CD. Letakkan lapisan yang nipis ubat gigi ke disk dan gosok perlahan, kemudian bilas dengan air bersih.
12. Menghilangkan bau masam pada botol bayi. Ingat supaya membilasnya dengan sabun dan air sehingga bersih.
13. Henghilang kesan terbakar pada besi seperti sudu dan seterika.
14. Membersihkan cermin mata menyelam (google) supaya terang. Penyelam, perenang, dan para atlit mungkin sudah tahu tentang trick ini. Gosokkan setitik ubat gigi di kacamata kemudian bilas dengan rata.
15. Membersihkan Casing Monitor/Laptop. Letakkan ubat gigi dan dicampurkan dengan sedikit air kemudian gosok monitor/casing/laptop dengan perlahan-lahan dan berhati-hati. Kemudian lap semula dengan kain lembut dengan berhati-hati.
16. Untuk menampal dinding simen yang berlubang kerana kesan paku dan sebagainya.
p/s : sOo,let's check it out~
Sunday, September 18, 2011
1 Malaysia.
Assalamualaikum n Salam 1 Malaysia..
Helo kwn kwn,pe kabar anda hri nie??
harap2 sume sihat lah yer,
tp lau ade yg xbpe nk shat tuh pg la cpt2 mkn ubt ek..
t melarat sape yg ssah..mak bapak korang gk kn..btol x? huhu..
ekceli,cik pelangi ni bkn pe juz nk nasihat jer mklm la skunk ni
da rmai sgt rkyat Indon Malaysia yg da jtuh skit..
kt mane2 jer blh dgr n tgk sane sini org jhat skit..ishhhhh..
ni pown cik pelangi bru jer pas baek dmam+batok+selsema..
(amek kau ciap b'package ag tuh..huhu)
xske xske xske la!! seksa sgt lau skit niee..huhu..
sume keja nk wt terjejas taw lau skit nie..
soo,pd yg masih blom skit tuh pndai pndai la jga dri tu yep..
mnum air msak byk byk..mkn syur syuran hijau (euuwww)..
n jgn lpe mkn ubt k?
that's oulls~
.
.
.
.
.
errr..
ekceli cik pelangi nk ucapkan 'Selamat Hari Malaysia'
kepada sume rkyt n pnduduk Malaysia..so sory sb t'lewat shari nk wish..
cuti cuti jgk,,tp jgn lpe stdy okeyhh..
daaaaa~
p/s: cik abg tuh jgn lpe mkn ubt gk k,,u pn skit gk tuh...'mnum air msak byk byk sygg'... :P
Sunday, September 4, 2011
2nd Giveaway by LyssaSecret.
Assalamualaikum n Salam 1 Malaysia :)
Today,cik pelangi nk join satu lg giveaway yg bru..
Haaa,mnarix taw GA nie,lau korang nk join jom la terjah kt SINI..
OoPpSss..sblom tu tlpe lak cik pelangi nk wish..
" Allah selamatkn kamoo..Allah selamatkn kamoo..
Allah selamatkn Cik Lyssa...Allah selamatkn kamoo.. "
Syarat - Syaratnya :
1. Follow Blog Lyssa (kalau tak nak pun tak pe . Tak paksa :)
DONE - follower no.18206
2. Buat satu entry yang bertajuk : "2nd GiveAway by LyssaSecret".
DONE
3 . Tempek Banner di atas dalam entry tersebut.
DONE
4. Send link tersebut ke ruang Comment Entry Ini.
DONE
5. Tag kepada 3 orang Rakan Blogger anda.
DONE
cik zulaiha
miss_ans
cik yanna
*Pemenang akan dipilih melalui Random.Org :)
Dateline : 10 September 2011
Saturday, September 3, 2011
Maaf~
Assalamualaikum n salam 1 Malaysia :)
cik pelangi menyepikan diri erk dri dunia blogging nie..huhu..
ekceli ade beberapa sb yg xdpt di elakkan untuk 'update' blog ni..
tp jgn bimbang coz kte akn bersama kmbali selepas nie..
So,di kesempatan ini cik pelangi nk ucapkan:
tp jgn bimbang coz kte akn bersama kmbali selepas nie..
So,di kesempatan ini cik pelangi nk ucapkan:
dan
Monday, May 2, 2011
CiNtA~
Cinta itu ibarat sebuah anak panah,
Sekali terlepas ia akan menancap di mana saja,
Tidak ditanganmu atau ditanganku yang mampu mematahkannya,
Dia tetap akan di sana dan waktu tak membuatnya berkarat.
Kadang kadang cinta tak sefaham dengan logika,
Memilih waktu dan orang yang tepat tuk jatuh cinta,
Kata orang cinta itu tak mempunyai mata,
Tetapi manusia punyai mata.
Bersama dengan dirimu,
Akan ku alami rasa bahagia,
Walaupun hatiku pasti lebih banyak rasa pahitnya.
Memang cinta tak bermata,
Hebatnya cinta kerana bisa butakan sesiapa pun,
Cinta memang tak peduli rasa,
Semuanya bisa tuk jatuh cinta.
Thursday, April 21, 2011
Hot & Spicy~
Assalamualaikum semua..
Hri nie cik pelangi xtau nk story mory psal ape sb da lme sgt2 x pegi cuci minda yg da berhabuk nie..agak2 korang la kn,msti da bersawang punye la otak skunk nie kn? huhu..so,bercakap psal minda ni kn mengingatkan cik pelangi kt satu blog nie..tdi cik pelangi buat la skit research kt blog2 yg ade n ade la jgk dpt sedikit sebanyak information kn? ckup la tu drpd xde lngsg story kn? hehehe.. Lau xslap n xsalah tdi la nma blog tu layarminda2..haa,lau korang tnye jmpe kt mne,mmg cik pelangi xkn jwb ler sb tdi pown maen redah jer tekan..ho ho ho..okies,back to our story yep..ekceli kt blog ni byk sgt information yg kite sndri xtau n xamek peduli slme ni especially kaum hawa nie..huhu..so,jom kte redah~
HOT!! : Bertudung Tidak Semestinya Menutup Aurat
"akan datang ummatku di akhir zaman terdiri daripada kaum wanita yang mana mereka itu berpakaian dalam keadaan telanjang, di atas kepala mereka berbonggol-bonggol seperti belakang unta. mereka ini dilaknat oleh Allah dan tidak masuk mereka itu ke dalam syurga, serta tidak dapat menghidu baunya. dan sesungguhnya wangian syurga itu di dapati jarak perjalanan lima puluh ribu tahun perjalanan." (sokhih bukhori)
sumber : nenek google
Kaum hawa skunk ni da xde perasaan risau, xde rse takut n xmalu untuk tak pakai tudung, memakai pakaian jarang, sendat dan ketat. Ade la jgk sebahagian drpd dyeorg tu bagi alasan cm gini :
- Tutup aurat semua, sudah pasti masuk syurga ke..? Kamu Tuhan ke..?
- Tudung labuh pown buat dosa mengumpat orang. Walau kami pakai (seksi), hati kami baik..
- Pakai jarang ke..ketat ke..itu hak kami. Kalau tak suka (lelaki), jangan tengok...!!
- Kami rasa apa yang kami pakai tak seksi. Terpulang pada individu yang memandang. Seksi itu subjektif..
- Walau kami tak bertudung, tapi kami semayang dan puasa..
- Salah ke kami pakai macam ni..Tutup aurat itu bagus..tapi kami tak mau jadi hipokrit..ini adalah diri kami sendiri..
- Suka aty kamilah pakai macam ni..Kami tak ganggu hidup orang lain..
Agak-agak korang la kn,bengong tak alasan mereka2 ni? huhuhu..cik pelangi bkn nak kte kat sape2 pown,tp sadis gak bile terbace artikel mcm ni kn? ntah2 penulisnye kaum adam,maunye +++ malu ag..huhu..kadang2 ade la jgk terasa sb malu n segan tgk kaum sejenis mcm gni kn? yela,cik pelangi sndiri pown xde la bagus sgt bab2 tutup aurat nie tp xsalah kn lau nk kongsi maklumat ngn korang..sharing is caring kn? huhu..so,lau sape2 yg nk tau lebih lanjut ag senang jer,korang pegi blog tuan punye blog ni sndiri k? cik pelangi bkn pe,tkot plak di cop 'tukang copy' artikel org kn? huhuhu..jgn lpe taw pg sane,byk information menarik tuk korang..k,sampai sni dlu..adioss~
Friday, April 15, 2011
Giveaway NisaChoc & ZulFoto.
Assalamualaikum semua..
hri nie cik pelangi nk join satu GA yang baru yer
sejak sekian lme blog ni x d'update..huhu..
pape pon,jom kte tgk mcm mne nk join k?
Syarat Penyertaan :
1) Warganegara Malaysia dan mesti mempunyai blog.. DONE
3) Buat entry yang bertajuk GIVEAWAY NisaChoc & ZulFoto. DONE
4) Copy & paste banner di atas dalam entry dan side bar blog anda. DONE
5) Jangan lupa tag entry anda kepada 4 orang blogger dan inform yang mereka di tag!
cik pelangi tag semua bloggers k? jom la join.. DONE
6) Tinggalkan comment di entry ni! DONE
*****Kami akan menggunakan random.org untuk mencari pemenang!
*****Tarikh tutup : 29 April 2011
HADIAH :
UTAMA (bernilai RM 60- coklat +pos)
35 cavities coklat
design, colour, wording boleh request!
*seorang pemenang sahaja
Baucer NisaChoc (bernilai RM 10)
*untuk 3 orang pemenang
that's all 4 today,hrp2 peluang cik pelangi cerah la yer..
i love chocolates~
Tuesday, February 1, 2011
Rela.
Salam.
Camat pagi guyz,
jom layan lagu jap pagi2 bute nie k?
In mood: jiwang++sedih++hepyy
Enjoyyy~
Tila-RelaTak ubah berbunga lalangRendahnya pandanganmuPadaku yang amat memerlukanKegersangan sekeping hatiMengharapkan setitis embunAgar basah rindu ini
Aku yang terbuangSejak mula lagiPuasku merintihPuasku berduka
Ku hanya mampu berserahBerserta doa harapanUbahlah haluan hidup ini
Demi cinta yang menyalaKu rela menggenggam bara apiDemi kasih yang mengharumSungguh aku relaBiarpun pada pandanganSeperti bunga yang layu terbuangNamun kau pasti tahuSemua kernaAku masih lagi setia padamuBiarku menangis seumpama pengemisKu hanya mampu berserahBerserta doa harapanUbahlah haluan hidupku ini
With love,
Monday, January 24, 2011
Saya Sedang Belajar di Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah
Salam.
Heloo readers,sihat x ary nie?
korang smua nk taw satu rhsie x?
nk la,,nk la,,nk3!!!
(hehe..sesi mengedix jap)
okey2,kembali ke alam normal k?
Sbnarnye,tdi sy g jaln2 kt Blog Pilihan Malaysia nie..
pastu kn,terjumpe la satu segmen yg menarix aty..
Demi memenuhi syarat2 segmen tuh,,let's get start..
.
.
.
.
.
.
.
haaa,lau korang smua nk taw,
kat ats nie la lambang politeknik sy..
Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah ataupun mudah
dikenali dgn nma POLISAS..
Poli sy nie dkt kuantan taw,
sape2 yg berminat jom la sme2 stdy kt sni..
law korang nk taw,sy nie amek Diploma Accountancy kt poli tuh..
skunk nie sy da semester4 n yes i'm practical now~
sy start blaja kt poli nie since Julai 2009 n
maybe akn graduate pada Julai 2012 kot..
(lmbatnye nk grad..huhuhu)
'sukaneka' day
mse nie tgh bosan menunggu bs poli yg xberkunjung tiba ='.'=
khusyuk dgr taklimat sblm start sukaneka..poyo jer muke
dak2 laki in my class,,one missing.
- Pengalaman pahit :
nk kta pahit xde la sepahit hempedu ke ape kn,but ade la skit2 ase xpuas aty tu bile daa di 'regging' ngn senior2 kteorang mse minggu suai kenal (MSK).but,still ade rse epy mse MSK nie.second, yg nie paling2 pahit skali stakat sy kt poli nie,iaitu bile dikejar oleh meon-meon mse time nak blik kamsis. (gler punye meon,yg pg kejar ak tuh knp?).em,meon tu snbrnya spesis mnyet la tp lbih famos ngn nme meon kt Polisas nie.
- Pengalaman manis :
of coz la ade kn?? yg manisnye adlh bile sy dpt knal dgn roomate yg supercool,
gile2,manje n sporting.mmg xley lpe la saat2 dgn dyeorang smua.setiap saat kteorang oulways together gether.xlpe gak ngn classmate yg memahami n rajin2 smua.sme2 xciap assignment,sme2 meng'copy' n mcm2 laa.pengalaman pling xley lpe tu mse kte wat mini projek tuhh.yg buat sukaneka tu la.wlpn bru sem1,but all of u done a great job smpai lect pown puji gak.hehe.
okey,that's oulls 4 today. miz u guyz. ='.'=















