Wednesday, February 15, 2012

.rahsia hati si bawang putih melepak.

0 cute people


 



selamat malam petang buat semua peminat pembaca..
hari nie cik pelangi xtau nak citer pe,tp ade something yg nak dikongsi bersama..
what it's? it's all about useful of mrs.garlic.
what?? don't know what the meaning of garlic? it's bawang putih lorrr..
so guys,let's check it out.


1. Mengurangkan risiko strok.
Bawang putih akan merangsang penghasilan nitric oxide pada dinding saluran darah. Ini akan membantu saluran darah untuk mengembang dan seterusnya mengawal tekanan darah dengan baik bagi mengelakkan risiko darah tinggi dan strok.

2. Mengurangkan risiko kanser.
Bawang putih kaya dengan bahan antioksidan seperti selenium yang membantu mengurangkan free radical di dalam darah. Ini akan mengurangkan risiko seseorang mendapat kanser.

3. Anti bakteria dan antivirus.
Sejenis bahan Allicin yang terkandung di dalam bawang putih ini bertindak sebagai antivirus dan antibakteria dalam memusnahkan beberapa mikrob. Jadi, ianya amat baik untuk jangkitan perut, jangkitan influenza dan sebagainya.

4. Antiinflamasi.
Kajian juga menunjukkan bawang putih mempunyai bahan antiinflamasi yang dapat membantu mengurangkan penyakit asma, mengurangkan inflamasi pada arhritis pada sendi seperti rheumatoid atau pun osteoarthritis.

5. Mengandungi banyak iodin.
Kandungan iodin yang tinggi di dalam bawang putih amat baik untuk pesakit yang menghidap hypertiroid.

6. Membantu sistem pencernaan.
Bawang putih akan merembeskan gastric acid pada lapisan perut yang akan membantu proses pencernaan di dalam saluran makanan.

7. Meningkatkan sistem imunisasi.
Ya, terdapat kajian yang mendapati bahawa pengambilan bawang putih sebanyak 2 hingga 3 biji sehari selama tiga minggu akan meningkatkan aktiviti sel darah putih untuk melawan jangkitan dan tumor.

8. Mengurangkan kolesterol dalam tubuh.
Kandungan Di-sulphide di dalam bawang putih membantu menurunkan nilai kolesterol di dalam saluran darah dan seterusnya mengurangkan risiko penyakit jantung.

p/s: ramai manusia yang masih xsdar kelebihan mrs.garlic nie. so,i nasihatkan meh la kite sama sama gunakan manfaat yang ada nie.

Wednesday, February 1, 2012

.si cantik manis bernama marshmallow~

0 cute people


                  



korang smua tau x ape bndenye kt ats ni??
apa agknye erk? kacang? gula gula? kek? coklat?
lau nk tau,ni la kacang buncis marsmallow..
marshmallow nie nmpk sdap kan?
dh la cute miut,,sape sape nk tgk pon akn rasa geram sampai nk tumbuk orang kn..hehe..
tadi i ade terjah terjah image kt google,then terjumpe pic ni..tu yg tbe tbe rasa nk buat post about beautiful maria marshmallow~
jom baca entri ni sampai abis lau korang nk tau lebih lebih tentang marsmallow~

Sejarah Marshmallow
Nama marshmallow berasal dari tanaman marsh mallow(Althea officinalis). Akar tanaman marsh mallow menghasilkan lekatan putih yang hampir seperti jelly. Marshmallow adalah gula-gula yang berasal dari Mesir, sekitar tahun 2000 SM. Orang-orang Mesir kuno yang dipercayai telah menemui herba yang tumbuh liar di kawasan paya dimana ada rasa manis yang boleh diekstrak dan dibuat menjadi gula gula yang hanya disediakan untuk raja mereka iaitu firaun. Orang-orang Mesir menggunakan gula-gula berasaskan madu dan diliputi dengan getah yang diperolehi daripada marsh mallow (Althea officinalis). Orang-orang Yunani, (kemudian Arab dan India) menggunakan marshmallow untuk tujuan perubatan contohnya sebagai bahan untuk ubat batuk. Menurut Tim Richardson dalam Sweets: A History of Candy, di era abad pertengahan, potongan-potongan akar marsh mallow digunakan sebagai pemanis dan juga dijadikan sebagai ubat untuk masalah kencing manis.

Peralihan marshmallow tradisional ke marshmallow modern dimulakan oleh Perancis sekitar tahun 1850. Campuran putih telur, air, gula, sirup jagung, dengan getah akar marsh mallow dijadikan sebagai bahan pelekat lalu dipanaskan . Marshmallow dibentuk dalam cetakan marshmallow akan ditaburi dengan tepung jagung. Dengan peralatan dan cara yang moden, pada tahun 1900 marshmallow buat pertama kalinya ia dijual sebagai gula-gula. Secara berperingkat, gelatin dijadikan bahan ganti kepada akar marsh Putih telur pula digunakan dalam marshmallow setelah ianya banyak dijual di pasaran. Sekarang ini, kebanyakan marshmallow diperbuat daripada gula, sirup jagung, gelatin, tepung maizena, gula confectioners dan flavorings (termasuk garam). Madu, air dan gula invert juga boleh digunakan. Bahkan ada marshmallow yang bebas gula kerana dibuat dengan Maltitol.

Populariti marshmallow semakin berkembang dan pembuat gula-gula di Eropah memerlukan proses yang lebih cepat kerana marshmallow yang sudah mulai digemari oleh masyarakat pada masa itu. Pembuatan marshmallow juga diperkembangkan dengan memanaskan campuran akar marsh mallow, gula, putih telur dan air dan menuangkan ke dalam cetakan yang ditaburi dengan tepung jagung. Dalam dunia perubatan,, getah daripada akar marsh mallow yang telah di ekstrak akan dimasak dengan putih telur, gula, dan digaulkan di dalam bekas sehingga mengeras dan dijadikan ubat dalam bentuk gula-gula. Kegunaannya adalah untuk melegakan sakit tekak, meghilangkan batuk, dan menyembuhkan luka. Pada tahun 1948, Alex Doumakes (anak kepada Doumak, Inc, pembuat Campfire marshmallow) memperbaharui cara pembuatan marshmallow yang jauh lebih cepat dan efisien berbanding proses sebelum ini. Proses ini melibatkan pengambilan bahan marshmallow dan dimasukkan ke dalam melalui bekas. Setelah itu bahan tersebut dipotong-potong dengan ukuran yang sama dan disejukkan serta dikemaskan. Melalui prose tersebut, marshmallow menjadi lebih manis dari yang sebelumnya.

Sunday, November 6, 2011

Sejarah Aidiladha~

0 cute people
Hari Raya Aidiladha (bahasa Arab: عيد الأضحى 'Eid Ul-Adha) atau Hari Raya Haji merupakan perayaan yang dirayakan oleh umat Islam di seluruh dunia. Ia adalah perayaan terbesar di dalam Islam selain Aidilfitri yang disambut pada setiap 1 Syawal. Aidiladha disambut pada hari ke sepuluh, sebelas, dua belas dan tiga belas bulan Zulhijjah setiap tahun. Bermula dengan Takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidiladha serta khutbah Aidiladha di pagi 10 Zulhijjah, sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan samada pada 10 atau 11 atau 12 atau siang 13 Zulhijjah.

Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan ke-sabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.t.

Selain itu, salah satu keistimewaan Aidiladha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.

Dari segi bahasa, korban bermaksud dekat, manakala dari segi istilah ia bermaksud menjalankan perintah agama atau taat kepada perintah Allah kerana ingin mendekatkan diri kepada-Nya.

Hari Raya Korban jatuh pada hari kesepuluh pada bulan Zulhijjah, bulan terakhir pada kalender Hijrah Islam. 10 Zulhijjah merupakan tarikh penting dalam sejarah Islam di mana Nabi Adam dan isterinya Hawa dikeluarkan dari syurga dan diturunkan ke bumi sebelum berjumpa di padang Arafah, di luar bandar Mekah.

Pada hari raya, orang Islam disunatkan mengenakan pakaian yang paling cantik, paling bersih, dan juga mengenakan wangi-wangian. Pada pagi hari raya korban, umat Islam akan mengerjakan sembahyang sunat Hari Raya sebanyak 2 rakaat dengan 7 takbir pada rakaat pertama diikuti 5 takbir pada rakaat kedua.

Pada kebiasaannya solat sunat Aidiladha dicepatkan sedikit berbanding solat sunat Aidilfitri. Hikmahnya dicepatkan sedikit waktu solat sunat Aidiladha adalah bagi memberi lebih banyak masa untuk penyembelihan korban. Hikmahnya dilewatkan sedikit solat sunat Aidilfitri pula adalah bagi membenarkan peluang bagi mereka yang belum membayar zakat menunaikan kewajipan mereka dan disunatkan makan dahulu sebelum pergi ke masjid.

Manakala bagi Aidiladha, hikmat disunatkan makan selepasnya supaya makanan yang mula-mula dimakan pada hari itu ialah daging korban yang berkat. Selepas bersembahyang, upacara korban akan dimulakan. Lembu, kambing, dan biri-biri yang dikorbankan akan disembelih secara beramai-ramai di kawasan masjid sebelum dibahagi-bahagikan dagingnya kepada orang ramai terutamanya kepada golongan fakir miskin.

Hari Raya Aidiladha disambut ketika umat Islam membuat penziarahan ke Mekah, mengunjung Kaabah dan melakukan korban sembelihan. Al-Quran tidak menyatakan, tetapi umat Islam memegang bahawa perayaan korban ini memperingati kesanggupan Nabi Ibrahim untuk menyerahkan anaknya sebagai korban kepada Tuhan.

Selepas sembahyang, sekali lagi umat Islam akan berbondong-bondong melawati perkuburan orang yang disayangi. Semua orang akan memakai pakaian baru dan selepas itu yang muda akan memohon kemaafan daripada yang tua. Selepas itu semua orang akan menjamah pelbagai juadah yang disediakan sebelum ziarah dan menziarahi sesama mereka.


 sumber : wikipedia (encik google)  :P