
Sunday, May 13, 2012
.otak ku x berfungsi.

.missing me?

Ehemmm..ehemmm..testing..testing 1,2,3..
Hye,selamat malam semua!
Sori sgt sgt sebab da berhabuk blog nie..
maklum lah sibuk sebagai student kan sebelum nie..
memandangkan mase sebagai student telah pon tamat,boleh la kembali merepek merapu kt sini yer..
so,now i'm here with all of u..
p/s: i love u so much mom. thanks for make my life colorful. muahhhh.
Sunday, March 25, 2012
.20 bangunan pelik di dunia.

House Attack (Vienna, Austria )
Kansas City Library (Missouri,USA)
Atomium (Brussels,Belgium)
Crooked House (Sopot,Poland)
Eden Project (United Kingdom)
Bibliotheca Alexandrina (Egypt)
Rotating Tower, Dubai, UAE
Habitat 67 (Montreal, Canada)
Museum of Contemporary Art (Niteroi, Rio de Janeiro, Brazil)
Guggenheim Museum (Bilbao, Spain)
Montreal Biosphere (Canada)
Casa da musica (Porto, Portugal)
Kunsthaus (Graz, Austria)
Lotus Temple (Delhi, India)
Stone House (Guimarães, Portugal)
National Theatre (Beijing, China)
The Basket Building (Ohio, USA)
Olympic Stadium (Montral,Canada)
Wonderworks (Pigeon Forge, TN, USA)
Wooden Gagster House (Archangelsk, Russia)
Wednesday, February 15, 2012
.rahsia hati si bawang putih melepak.

selamat malam petang buat semua peminat pembaca..
hari nie cik pelangi xtau nak citer pe,tp ade something yg nak dikongsi bersama..
what it's? it's all about useful of mrs.garlic.
what?? don't know what the meaning of garlic? it's bawang putih lorrr..
so guys,let's check it out.
1. Mengurangkan risiko strok.
Bawang putih akan merangsang penghasilan nitric oxide
pada dinding saluran darah. Ini akan membantu saluran darah untuk
mengembang dan seterusnya mengawal tekanan darah dengan baik bagi
mengelakkan risiko darah tinggi dan strok.
2. Mengurangkan risiko kanser.
Bawang putih kaya dengan bahan antioksidan seperti selenium yang membantu mengurangkan free radical di dalam darah. Ini akan mengurangkan risiko seseorang mendapat kanser.
3. Anti bakteria dan antivirus.
Sejenis bahan Allicin
yang terkandung di dalam bawang putih ini bertindak sebagai antivirus
dan antibakteria dalam memusnahkan beberapa mikrob. Jadi, ianya amat
baik untuk jangkitan perut, jangkitan influenza dan sebagainya.
4. Antiinflamasi.
Kajian
juga menunjukkan bawang putih mempunyai bahan antiinflamasi yang dapat
membantu mengurangkan penyakit asma, mengurangkan inflamasi pada
arhritis pada sendi seperti rheumatoid atau pun osteoarthritis.
5. Mengandungi banyak iodin.
Kandungan iodin yang tinggi di dalam bawang putih amat baik untuk pesakit yang menghidap hypertiroid.
6. Membantu sistem pencernaan.
Bawang putih akan merembeskan gastric acid pada lapisan perut yang akan membantu proses pencernaan di dalam saluran makanan.
7. Meningkatkan sistem imunisasi.
Ya,
terdapat kajian yang mendapati bahawa pengambilan bawang putih
sebanyak 2 hingga 3 biji sehari selama tiga minggu akan meningkatkan
aktiviti sel darah putih untuk melawan jangkitan dan tumor.
8. Mengurangkan kolesterol dalam tubuh.
Kandungan Di-sulphide
di dalam bawang putih membantu menurunkan nilai kolesterol di dalam
saluran darah dan seterusnya mengurangkan risiko penyakit jantung.
p/s: ramai manusia yang masih xsdar kelebihan mrs.garlic nie. so,i nasihatkan meh la kite sama sama gunakan manfaat yang ada nie.
Wednesday, February 1, 2012
.si cantik manis bernama marshmallow~

korang smua tau x ape bndenye kt ats ni??
apa agknye erk? kacang? gula gula? kek? coklat?
lau nk tau,ni la kacang buncis marsmallow..
marshmallow nie nmpk sdap kan?
dh la cute miut,,sape sape nk tgk pon akn rasa geram sampai nk tumbuk orang kn..hehe..
tadi i ade terjah terjah image kt google,then terjumpe pic ni..tu yg tbe tbe rasa nk buat post about beautiful maria marshmallow~
jom baca entri ni sampai abis lau korang nk tau lebih lebih tentang marsmallow~
Nama marshmallow berasal dari tanaman marsh mallow(Althea officinalis).
Akar tanaman marsh mallow menghasilkan lekatan putih yang hampir
seperti jelly. Marshmallow adalah gula-gula yang berasal dari Mesir,
sekitar tahun 2000 SM. Orang-orang Mesir kuno yang dipercayai telah
menemui herba yang tumbuh liar di kawasan paya dimana ada rasa manis
yang boleh diekstrak dan dibuat menjadi gula gula yang hanya disediakan
untuk raja mereka iaitu firaun. Orang-orang Mesir menggunakan gula-gula
berasaskan madu dan diliputi dengan getah yang diperolehi daripada marsh
mallow (Althea officinalis). Orang-orang Yunani, (kemudian Arab dan
India) menggunakan marshmallow untuk tujuan perubatan contohnya sebagai
bahan untuk ubat batuk. Menurut Tim Richardson dalam Sweets: A History of Candy,
di era abad pertengahan, potongan-potongan akar marsh mallow digunakan
sebagai pemanis dan juga dijadikan sebagai ubat untuk masalah kencing
manis.
Peralihan marshmallow tradisional ke marshmallow modern dimulakan oleh
Perancis sekitar tahun 1850. Campuran putih telur, air, gula, sirup
jagung, dengan getah akar marsh mallow dijadikan sebagai bahan pelekat
lalu dipanaskan . Marshmallow dibentuk dalam cetakan marshmallow akan
ditaburi dengan tepung jagung. Dengan peralatan dan cara yang moden,
pada tahun 1900 marshmallow buat pertama kalinya ia dijual sebagai
gula-gula. Secara berperingkat, gelatin dijadikan bahan ganti kepada
akar marsh Putih telur pula digunakan dalam marshmallow setelah ianya
banyak dijual di pasaran. Sekarang ini, kebanyakan marshmallow diperbuat
daripada gula, sirup jagung, gelatin, tepung maizena, gula confectioners
dan flavorings (termasuk garam). Madu, air dan gula invert juga boleh
digunakan. Bahkan ada marshmallow yang bebas gula kerana dibuat dengan
Maltitol.
Populariti marshmallow semakin berkembang dan pembuat gula-gula di
Eropah memerlukan proses yang lebih cepat kerana marshmallow yang sudah
mulai digemari oleh masyarakat pada masa itu. Pembuatan marshmallow juga
diperkembangkan dengan memanaskan campuran akar marsh mallow, gula,
putih telur dan air dan menuangkan ke dalam cetakan yang ditaburi dengan
tepung jagung. Dalam dunia perubatan,, getah daripada akar marsh mallow
yang telah di ekstrak akan dimasak dengan putih telur, gula, dan
digaulkan di dalam bekas sehingga mengeras dan dijadikan ubat dalam
bentuk gula-gula. Kegunaannya adalah untuk melegakan sakit tekak,
meghilangkan batuk, dan menyembuhkan luka. Pada tahun 1948, Alex Doumakes
(anak kepada Doumak, Inc, pembuat Campfire marshmallow) memperbaharui
cara pembuatan marshmallow yang jauh lebih cepat dan efisien berbanding
proses sebelum ini. Proses ini melibatkan pengambilan bahan marshmallow
dan dimasukkan ke dalam melalui bekas. Setelah itu bahan tersebut
dipotong-potong dengan ukuran yang sama dan disejukkan serta dikemaskan.
Melalui prose tersebut, marshmallow menjadi lebih manis dari yang
sebelumnya.